Thursday 25 September 2014

SEJARAH SEKOLAH



PERKEMBANGAN SEJARAH SJK (C) MIN NAM

                               
Dengan lokasinya yang terletak di Barat Laut Pulau Langkawi, SJK (C) Min Nam merupakan sebuah sekolah rendah yang telah mengharungi pelbagai dugaan dalam sejarahnya yang sekian lama. Bermula pada tahun 1924, masyarakat setempat yang menyedari kepentingan untuk mempunyai sebuah sekolah untuk mendidik anak bangsanya telah sebulat suara merancang dan berusaha sehingga tertubuhnya sekolah terawal pada tahun 1926.

Sekolah terawal ini merupakan sebuah rumah atap yang terletak di Pekan Lama, Padang Matsirat. Bangunan ini disewa bersama oleh masyarakat Cina. Sejajar dengan itu seorang guru, Cikgu Wei Siau Sing telah diupah. Beliau telah memikul tanggungjawab mendidik seramai lebih 20 orang murid. Status sekolah pada ketika itu ialah sekolah swasta. Nama sekolah yang digunakan hingga sekarang juga ilham Cikgu Wei. Pengerusi Lembaga Pengurus yang pertama ialah En. Zhuang Da Shu. Pihak lembaga pengurus bukan sekadar mengurus dan berperanan sebagai penasihat, malah memainkan peranan mengutip yuran bulanan untuk membiayai gaji guru dan perbelanjaan sekolah.

Malang tidak berbau, bangunan sekolah ini telah hangus dijilat api pada tahun 1948. Pihak lembaga sekolah terpaksa menyewa sebuah rumah lain di Pekan Baru, Padang Matsirat untuk meneruskan tugas mulia ini. Guru ketika itu ialah Cikgu Chen Tian Chong, diikuti dengan Cikgu Chew Jiang San. Sekolah ini juga telah berjaya mendapatkan pengiktirafan daripada kerajaan Taiwan, namun status di Tanah Melayu masih kekal sebagai sekolah swasta.

Berikutan daripada rumah yang disewa tidak dapat menampung bilangan murid yang semakin bertambah, satu cadangan membina bangunan sekolah telah diusulkan. Kutipan derma dijalankan dengan kaedah berikut, setiap pembelian sebakul ikan atau sebungkus isi kelapa akan didermakan seringgit kepada pihak sekolah. Kutipan derma ini telah dipertanggungjawabkan kepada Syarikat Hai Huat. Memandangkan pertempatan masyarakat Cina banyak bertumpu di sekitar Kuala Teriang sebagai pelaut, maka sebuah bangunan yang mempunyai 2 bilik darjah telah dibina di Kuala Teriang pada tahun 1967. Ketika itu sekolah telah mempunyai Guru Besar. Pada masa yang sama, sekolah ini telah mendapat bantuan modal daripada kerajaan tempatan. Oleh kerana bantuan modal daripada kerajaan tempatan masih tidak mencukupi, kutipan yuran diteruskan. Pengerusi Lembaga Pengurus ketika itu ialah Encik Wang Jing Liang diikuti dengan Encik Kuang Hua Sin (1927-1975), Encik Wang Jing Qing (1975-1980), Encik Zhuang Loo Yun (1980-1994) dan Encik Law Chang Loong (1994-2000), Puan Lao Poh Ying (2001-2002), Encik Tan Bao Yu (2002-2003), dan Encik Lim Hong Soon (2004).

Pada tahun 1967, dengan kesedaran tentang kelemahan bangunan sekolah yang dibina atas tapak persendirian yang disewa, maka satu perbincangan dengan tuan tanah Encik Khor Tian Song telah diadakan. Berkat murah hati Encik Khor tapak sekolah ini telah dibeli dengan harga yang murah iaitu RM 1900. Kerajaan telah memperuntukan sebahagian besar perbelanjaan membina bangunan baru sekolah ini. Menteri Pendidikan pada ketika itu ialah YB Dato’ Johari. Beliau telah benyak memberi bantuan dalam hal ini.

Pada tahun  1968, sekolah baru mulai digunakan. Ramai Guru Besar yang telah mentadbir sekolah ini, antaranya ialah En. Wang Nu tan, En. Chen Xin Yao, En. Wang Zheng Fu, En. Liang Sau Hua, En. Ch’ng Beng Yik , En. Lai Heng Hwa, Cik Ng Dee Ing, En. Lee Chien Sang, En. Teoh Ah Choo, En. Soo Oh Guan, En. Chiah Siew Fei, Pn. Tee Bee Ee, En. Lim Kuan Ang, En. Lim Ah Tang dan En Ong Bak Khim

Memandangkan ramai guru berasal dari luar Pulau Langkawi dan tidak mempunyai tempat penginapan, Guru Besar Ch’ng Beng Yik telah mengusulkan satu cadangan mengadakan larian amal mengelilingi Pulau Langkawi mengutip derma bagi membina quartes guru. Quartes guru yang terdiri daripada 2 pintu rumah telah siap dibina pada tahun 1994.
Pada tahun 1995, sebuah bilik Sains dan bilik setor telah didirikan atas usaha dan bantuan kerajaan.

Pada tahun 1998, memandangkan bangunan lama tidak mencukupi untuk menampung penambahan bilangan murid, maka pihak lembaga sekolah mencadangkan memperluaskan bangunan sekolah. Kutipan derma dijalankan bagi membina bangunan baru yang mempunyai 3 bilik darjah yang standard dan sebuah pentas. Namun, projek ini tergendala selama 1 tahun kerana modal yang tidak mencukupi. Akhirnya, atas bantuan YB Dato’ Abu Bakar Taib, kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM 30 ribu, dan projek ini dapat diteruskan dan siap pada 18 Januari 2000.

Dalam pada itu, bantuan yang dihulurkan oleh masyarakat Langkawi juga besar ertinya buat sekolah ini. Keprihatinan JPN Kedah dan PPD Langkawi dengan meluluskan bantuan modal untuk mengecat bangunan dan sebagainya juga tidak dapat dilupakan.


VISI & MISI



MISI SEKOLAH




SJK ( C ) MIN NAM AKAN BERUSAHA UNTUK

  • Memimpin, merancang, mengurus dan mentadbir sekolah dengan efisyen dalam bidang kurikulum.
  • Memastikan dan memantapkan kemahiran guru dalam proses PdP
  • Mewujudkan budaya pembelajaran yang positif di kalangan murid.
  • Mewujudkan keadaan pembelajaran yang kondusif
  • Menjalinkan hubunga baik dan kerjasama yang erat dengan waris dan komuniti setempat.




 
                                                                                                                     
VISI SEKOLAH 


SJK ( C ) MIN NAM AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2016



MISI DAN VISI IMPLISIT


MOTO SEKOLAH

Kerajinan Ketekunan Kejujuran  
Kesederhanaan



ETIKA KERJA

Melayan Segala, Penuh Mesra, Menyelesai Segera, Budi Bicara, Menepati Masa, Kualiti Dipelihara, Ikrar Bersaudara, Sebulat Suara, Ikhlas Bekerja, Amanah Dijaga, Imej Kita, Tanggungjawab Bersama.

BENDERA SEKOLAH



BENDERA SEKOLAH
  





WARNA ORGANISASI BENDERA SEKOLAH MENUNJUKKAN:

                         
 
       KUNING               : KEHORMATAN
       MERAH                : KEBERANIAN
       BIRU                    : KEMUAFAKATAN 
          PUTIH                   : KESUCIAN




LOGO SEKOLAH









SLOGAN SEKOLAH


习华语                              掌握华语
BELAJAR BAHASA CINA        MENGUASAI BAHASA CINA





校歌      LAGU SEKOLAH


交怡    世外仙
那里有我   的学校
董事家教   
伐一致    培育英才
明南学校    巍峨壮
你是我成    摇篮
同窗    不息
向上    校争