Wednesday 5 November 2014

SAMBUTAN KEMERDEKAAN YANG KE 57 TAHUN 2014


                                                          
      Pada 28 Ogos 2014, SJKC Min Nam telah menyambut Hari Kemerdekaan ke 57 peringkat sekolah yang bertemakan Lahirnya Sebuah Cinta. Aktiviti yang diadakan adalah bermula dengan ucapan kemerdekaan oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Cikgu Kendrick Goh Yu Rick dan diikuti oleh nyanyian lagu kebangsaan.

     Antara lagu yang dinyanyikan adalah Lahirnya Sebuah Cinta, Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Kami Anak Malaysia, dan berbagai lagi. Majlis diakhiri dengan laungan Merdeka sebanyak tujuh kali oleh Cikgu Ong Pang Lic. Selain itu, pertandingan mewarna juga diadakan di dalam kelas setiap bilik darjah.



Sepanjang majlis berlangsung


 
Pertandingan mewarna disetiap bilik darjah